KUALA LUMPUR: Kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) berhubung (redacted) pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dilihat bercanggah.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, BHIC memaklumkan kepada mereka bahawa laporan forensik itu telah diterima daripada Mindef dalam keadaan beberapa perenggan ‘terpadam’.
Namun, Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Muez Abdul Aziz menegaskan dalam prosiding PAC bahawa MINDEF tidak pernah menerima laporan berkenaan daripada BHIC dan tidak terlibat dalam pemadaman sebahagian Laporan forensik tersebut.
“PAC dengan ini meminta supaya Mindef mendapat penjelasan daripada BHIC dan mengemukakan ulasan kepada PAC berkenaan dengan apa yang sebenarnya telah berlaku,” kata Kah Woh dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, PAC telah membangkitkan isu pemadaman sebahagian maklumat dalam Laporan Pengauditan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) oleh JPM / MINDEF.
Turut dibangkitkan ialah pemadaman sebahagian maklumat Laporan Pengauditan Forensik Kapal LCS yang disediakan BHIC, syarikat pembinaan kapal LCS.
Mengenali laporan JKSTUPKK, Kah Woh berkata, PAC berpandangan bahawa tiada keperluan untuk kerajaan memadam sebahagian maklumat di dalamnya.
“PAC juga tidak puas hati dan tidak menerima penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara berkenaan dengan alasan pemadaman tersebut.
“PAC menegaskan supaya laporan berkenaan dinyahklasifikasi sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam syor di dalam laporan Jawatankuasa ini dan kabinet seharusnya memberikan arahan sedemikian,” katanya lagi.
Mengenai kemas kini siasatan terhadap kes tersebut, beliau berkata, PAC juga dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa lima kertas siasatan telah dibuka, iaitu satu pada Februari 2021, dua pada Januari 2022 dan dua lagi masih dalam siasatan.
Setakat hari ini, jelasnya, satu kes telah dibawa ke mahkamah, manakala satu lagi kertas siasatan telah dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
“PAC akan memberikan ulasan terhadap semua tujuh tindakan yang sudah diambil Mindef terhadap syor laporan jawatankuasa ini untuk Perolehan Kapal LCS dan akan membentangkan laporan ini di Parlimen kelak,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Oct 06 2022
Kenyataan Kementerian Pertahanan dan Boustead Heavy Industries Corporation berhubung pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dilihat bercanggah, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Buat pertama kali, Zainab Mohd Salleh yang namanya disebut Rafizi dalam siasatan projek LCS semasa kempen PRU15 bertemu wartawan.
Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.
Skandal LCS: Kenyataan Mindef dan BHIC bercanggah - PAC
PAC mendapat maklumat berbeza daripada Mindef dan BHIC mengenai pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan LCS.
Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam
Siasatan yang dilakukan SPRM tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata.
Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.
Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.
Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, isteri kedua Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited, dan Alizes Marine Labuan.
Skandal LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus - PM
Rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.
Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Sekiranya kembali berkuasa, PH akan pastikan pasukan pertahanan negara dibekal kelengkapan yang sesuai dan terbaik.